Filed under: ceritera
Tak tau nak makan apa lunch tadi aku singgah la gian. aku beli la fishball… aku cari cili sos tak jumpa-jumpa… jadi terus aku tanya kat kaunter:
aku: dik cili sos mana dik?
org kaunter: ooo cili sos abang kena beli haa ni ha sepeket 20 posen…
aku:hah?? tak per lah dik..

ending AKU kata: benda ni pun ko nak jual??
Filed under: ceritera
Bekerja dengan jari telunjuk ajer…ha buat tu.. ha buat nih… haprak betul! Kalau rasa2 dah tak boleh nak bekerja berhenti jer lah.. nak marah karang, orang tua.. janggut dah panjang sampai ke dada… sabar jer lah….
Kerja storyboard dia.. dia buat tak sampai beberapa saat siap.. lepas tu kerja aku nak suruh buat gempak, detail… aper kejadah? aduuhh sabar sabar sabar
Storyboard yg amat detail, teks content kemana, vo kemana, photo ke mana,

ending AKU kata: dah pencen tu pencen jer lahh pakcik.
Filed under: kongsi
AIR ZAM ZAM… Suci dan tulen. Diimport sendiri dari Makkah Al-Mukarramah dengan pengesahan rasmi dari Kementerian Kesihatan. Harga jualan runcit: RM7.00 untuk sebotol 330ml. RM10.00 untuk sebotol 500ml. RM120 untuk setong 10 liter. Bayaran yang dikenakan ialah untuk upah pengurusan, pembungkusan, kiriman import dll. call hafez azali: 0136233253
10 liter RM120 setongl
500 ml RM10.00 sebotol
330 ml RM7.00 sebotol
Air Zam-Zam
“Sesungguhnya air zam-zam adalah air yang diberkati, air tersebut adalah makanan yang mengenyangka
Dari riwayat Abu Daud (Ath Thoyalisiy) dengan sanad jayyid (bagus) bahawa Nabi SAW bersabda :
“Air zam-zam adalah ubat dari rasa sakit (ubat penyakit).”
Berdasarkan hadis-hadis di atas, adalah menjadi sunnah meminum air zam-zam.
Terdapat banyak lagi hadis dan kisah-kisah para sahabat yang berkisar mengenai khasiat dan penggunaan air zam-zam.
Khasiat dan Kelebihan :-
Makanan yang mengenyangkan.
Sahih Muslim pernah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad berkata kepada Abu Dharr yang tinggal berhampiran Kaabah selama 40 hari 40 malam tanpa makanan kecuali air zam-zam.
Nabi Muhammad kemudian bertanya kepada Abu Dharr:
“Siapakah yang memberi saudara makan?”
Abu Dharr menjawab ringkas dengan menyatakan dia hanya meminum air zam-zam.
“Saya tidak terasa penat atau lemah. Malah saya terasa gemuk dan bukannya kurus.”
2. Ubat penyakit kecuali mati.
3. Air yang penuh keberkatan.
Abu Majah yang memetik Jaabir Abdullah pernah berkata bahawa Nabi Muhammad pernah bersabda :
“Air zamzam adalah sesuai untuk diminum bagi semua tujuan dan niat.”
4. Mata air zam-zam memancutkan air sebanyak 18 liter per detik tetapi tidak pernah melimpah keluar dari telaga.
5. Anti-kuman.
Kandungan air zam-zam yang sememangnya bersih dan selamat untuk diminum sejak dahulu sehingga sekarang tanpa perlu melalui proses osmosis berbalik, penyulingan, rawatan klorin dan bahan kimia yang lain.
6. Mengandungi kandungan garam yang stabil.
Amat baik dan sesuai untuk orang yang melakukan kerja berat, penat mengerjakan haji dan penat berjalan jauh.
7. Mengandungi kandungan mineral seperti kalsium, magnesium, iodin, flourida, natrium dan kalium yang tinggi.
8. Wujud secara semula jadi dalam bentuk alkali.
Dapat mengawal kesan sampingan yang disebabkan oleh lebihan asid dalam perut dan secara tidak langsung mampu mencegah penyakit gastrik.
Imam at-Tirmizi pernah berkata, “ Orang yang meminum air zam-zam itu :
Jika dia minum untuk kenyang, maka Allah akan mengenyangkannya.
Jika dia minum untuk minuman, maka Allah memberinya minuman.
Jika dia minum untuk sembuh dari penyakit, maka Allah akan menyembuhkannya dari penyakit.
Jika dia minum kerana akhlaknya yang buruk, maka Allah akan mengelokkan akhlaknya.
Jika dia minum untuk menghilangkan kegelapan hatinya, maka Allah akan menghilangkannya.
Jika dia minum mengkayakan hatinya, maka Allah akan mengkayakannya.
Jika dia minum kerana sesuatu hajat, maka Allah akan memakbulkannya.
Jika dia minum kerana sesuatu musibah yang menimpa, maka Allah melindunginya.
Jika dia minum kerana kesusahan yang menimpa, maka Allah akan menghilangkan kesusahannya.
Dan jika dia minum kerana memohon bantuan, maka Allah akan membantunya. “…..
Filed under: ceritera
Setiap kali pelawat datang aku akan dapat email dari HR “please make sure your workspace clean and organized.” membuatkan aku rasa kusut… ok la ni… nak bersih camno lagiee???? hahahaha yerla-yerla nak bersihkan la ni…..
Filed under: ceritera
Alhamdulillah… Harun Salim Ba Chik dah menjerit “GAJI DAH MASUKKKK!!!!!” (HSBC)
seperti biasa aku akan busy membayar semua hutang2… sampai kat Maybank aku keluarkan kad ATM aku..”mak aih hancus dah” CIP pada kad tu pun dah siap tercabut dah..alang-alang dah sampai maybank baik aku terus buat kad ATM baru.. aku terus gi kaunter…
aku: kak saya nak tukar kad ATM baru..agak2 lama tak nak siap?
akak maybank:boleh… kejap jer siap.
aku: ha boleh aa…nah ni kad lama
akak maybank: uish.. hancus dah kad.. masuk mesin ek
aku: hahaha bukan mesin jer kak sungai laut semua dia pernah rasa… tapi nih boleh guna lagi ni jgn terkejut….
akak maybank: macam mana kau nih… ok akak tukar baru hmmm adik kita ada kad ATM yang best..
aku: apa yang best?
akak maybank: kad ATM Manchester united haaa..nak?
aku: man u? chelsea takder
akak maybank: takder….tak best.
aku: ha!?! HA!?!?! tak best???
akak maybank: ha ah tak best.. lagi pun maybank kan kaler “KUNING”
(aku dalam hati: Maybank kaler kuning? apa kena mengena KUNING dengan Manchester united lantak ekau la kak)
aku: oooo…kuning..tak per TAK NAK!!
akak maybank: tak nak apa?
aku: tak nak kad tu laaaaa… kad manchester united tuuuu.. saya nak kad maybank yang gambar buah tu jer..
akak maybank: ooo ok ok.. tak nak kad manchester ke?
aku: tak nak.. TAK BEST! hehehe
akak maybank: eelehh…. ha! duduk dulu.. tunggu.. nanti akak panggil..
(aku dalam hati: e eh emosi dalaman pulak akak maybank nih….)
Ending AKU kata: Best ker???
Filed under: ceritera
Kenapa!! Kenapa!! KENAPAAAA!!!
Aku tak faham… muka aku ni ada macam godzila ker?, ada macam penyamun ker?, ada macam orang makan orang ker?
PAAADA SUATU HARIII….(lama tak dengar permulaan cerita cam gini heh) Seperti biasa lepas lunch dengan perasaan gembira dan suci aku balik keoffice.
Dalam perjalanan tu aku dah buat muka sehensem yang boleh sebab ramai awek2 yang entah dari mana timbulnya di plaza masalam seksyen 9 ni time tu.
Nak di jadikan cerita..masa aku dalam lift tiba2 JENG!! JENG!! JENG!!
TING!! lift berhenti di tingkat 6 tak salah aku.. (tingkat jabatan pendaftaran tempat buat I.C.) adalah sekempulan awek ni nak masuk tapi takder orang yang hold pintu tu dari tutup.. jadi sorang je sempat masuk, member dia yang lain tak sempat..(dok tersengeh jer la.. luar pintu lift)
Aku pun nak menunjukkan keperihatinan dan rasa tanggung jawap..terus cakap
Aku: EH!! muat lagi tu.. (sambil menunjukkan “button hold” pintu lift bior kekawan dia boleh masuk lift)
dan dengan secara mengejut …budak perempuan tu berpaling tengok aku dan
AAAAAAAAAAARRRRRRGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!!!!
Lepas tu dia tekup mulut sambil2 dia pandang aku..
Semua orang dalam lift terkejut beruk. aku pulak lagi lah.. dah terkejut sampai tersandar melekat dekat dinding lift…
Aku: What the!?!?!?! KENAPA?? KENAPA??
Nabil(member aku): Kenapa menjerit???
Semua orang tengok awek tu.. awek tu senyap jer tangan masih tertangkup dekat mulut..
Aku:Ke..ke… ke… Kenapa menjerit??? Aku pulak yang takut nih..
orang kiri kanan tergelak bila aku cakap camtu…
ting!! lift berhenti lagi, aku tak tau tingkat berapa… budak pompuan tu yang masih dok tutup mulut ngan tangan terus keluar… tanpa bagi tau… APEKEJADAH KO MENJERIT!!!.
Sampai sekarang aku dok pelik..kenapa dia menjerit… apa ingat aku nak NGAP!!! dia ker??
AKU TAK PUAS HATI!!!! KENAPA KAU MESTI MENJERIT WAHAI AWEK BILA TENGOK AKUUUUUUU!!!!! aaaaarrrrrrr AKU tension!!! tertekan AKU !!! tak faham AKU!!! KENaaPAAAA!!!
OH….PERIT BENAR HATI INI HENDAK MENERIMA KEJADIAN TERSEBUT..
Ending AKU kata: tobat aku tak moh tegur pompuan dah..tolong pun aku tak nak!! HUH!!!(sambil memaling muka laju2)
Filed under: ceritera
yeahhh akhirnya 14hb tiba..hari yang di tunggu-tunggu hehehehehe sesi memancing di rumah rakit telok gong port klang..
malam sebelum…. Azam ajak beli barang2 makanan untuk dijadikan santapan di atas rumah rakit nanti. Takut bebenor dia kebulur…hahaha
pepagi tu bawak mama, kakngah ngan mak uda gi sarapan dulu… agak terbaaekk jugak kedai ni.. si Azam bawak..
Sebelum gerak sempat lagi ajak Pak Andak gi kedai pancing kat taman medan, aku pun sempat sambar satu mesin mancing rm 70. Pak Andak cakap kedai ni mahal… next time gi kat kepong atau pudu.. boleh dapat jauh lagi murah dan banyak pilihan..
heh bukan main ceria lagi pak andak..naik bot dalam pukul 5 lebih..
Tengok muka brother Radzi… tersenyum sorang2 dah terbayang macam2 ikan dia bawak naik dah.. belum apa2 dia dah confident abis.. dia lah juara ..ceh..hahaha
Tuuu diaa rumahnya…Azam dan Brother Ikhlas dah tak sabar2.. dok tengok jer rumah rakit tu…
hmmm kalau tenggelam bot ni si ikhlas jer la selamat sebab dia sorang jer ada jaket keselamatan tu….
Sampai2 terus jer pasang pasang umpan… time ni ler minta di turunkan ilmu dari Pak Andak… TOCE SIFU!!
my big brother fazren bersama joran2 ajaibnya
hati tengah tenang abis time nih….
pak andak: apis kita kalau nak memancing kena ada ilmu
apis: ilmu apa pak andak
pak andak: tu haa…contoh ilmu memancing.. cuba tengok ikhlas dengan si azam tengah buat apa..
apis: huyooo brother ikhlas main jampi kat penjuru tuu…
apis: huuyoo azam pun sama..eh lain macam jer caranya..uit!! tu bukan ilmu tu itu macam tengah buang kumbahan usus kecik jer tu..oiii zamm!!hahahaha
(gurau jer..azam la paling setia pancing sambil memegang joran)

sementara menunggu ikan makan umpan.. kita makan dulu heh dah kebulur dah nih… bleh order kat tokey rumah rakit nanti dia antorkan..
ni ler dia hasil tangkapan…. alhamdulillah… petang tu sampai jer rumah terus masak asam pedas dan goreng… terbaaaekk sorry hasil masakkan tak sempat nak ambik sebab dah masuk perut.. buurmmmm!!! alhamdulillah..
Malam pulak sempat lagi melantak dekat kedai TUPAI-TUPAI di shah alam untuk celebrate hari lahir akakngah.. ikutkan tak larat dah mata ni dah sampai tahap bila2 masa jer tutup..abihh memancing sampai tak tido…tapi tak per akak punya pasal no hal punya.. happy birhtday sis!!
selesai melantak dekat tupai-tupai aku tak tuggu dah… sampai jer rumah abang aku, cepat2 aku gi solat ishak…sebab aku tau kalau nunggu sampai balik puchong aku memang dah padam…memang betul pun perjalanan balik dari rumah brother fazren ke puchong aku dah berdengkur… jejak jer kaki dalam rumah aku terus carik katil… gedebab! krooiihh!!! krooiihh!! ZZZZzzzz..
Apa pun memang best.. dan alhamdulillah syukur selamat pergi dan selamat kembali… tak sabar nak tunggu next trip…. harap2 jadi ler plan ke kenyir.. heh…
ending apis kata:- rugi wooo saper yang tak suka memancing..
Filed under: ceritera
Semalam yang agak kelakar bila dapat call dari penyewa rumah
trut…trut…trut… (bunyik handphone laa.. )
Aku: Hello…
Nathan(penyewa): Hello Pos!!(dia nak panggil aku bos sebenarnya) Saya sudah bagi duit sama itu bank HAHAHAHAHA..(maksud dia dah bank in)
Aku: ok TQ hahahahaha(aku buat-buat gelak.. sebab dia gelak)
Nathan: Hahahahahaha
Aku: Hahahahaha (aku dah start pelik amenda yang kelakor sangat ? tapi aku layankan ajer gelak lah jugak)
Nathan: Hahahahaha pos!! hahahaha!!
Aku: Hahahaha WAARRGGHAHAhahahahahahahahahaha
(mampus.. dari pada aku buat-buat gelak aku dah gelak kaw kaw sampai menangis.. kelakor bebenor.. aku tak tau amenda yang dia suka sangat.call aku inform dah bank in duit lepas tu gelak sakan.. lantak ko lah nathannnn…..)
paling best lepas aku check online aku sms dia
aku(sms): ok sudah check tq nathan..
*dia balas sms
nathan(sms): Ok “pos”!
aik?? sms pun pelat gak “BOS” jadi “POS” hahahahaha
Sri jati apartment puchong lama aku tak jengok keadaan rumah aku nih harap2 si nathan and friends jaga sebaik mungkin
Filed under: ceritera
Cuti hari pertabalan yg di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini aku mengisi dengan menemankan si Azam sepupu aku beli senjata2 memancing… aku punya heh.. dah ada dah… heh pemberian abang aku..
Azam kushuk dengar satu2 kelebihan mesin dan rod memancing

Acara memasang tali pada mesin pancing
harap2 semuanya berjalan dengan lancar insyaallah
Telok gong..tungguuuuu……
Filed under: ceritera
Tuuu…. dia lama betul tak pergi memancing.. sekali abang aku sms ajak pergi memancing bersama-sama pak andak aku selaku orang lama @otai dalam bidang memancing nih…tak sabar nak menunggu 14-15hb aprill ni
lokasi rumah rakit teluk gong port klang
sama-sama kita tengok hasilnya nanti…..
JOM MANCING!!!!


























